Monday, June 2, 2008

Catatan Pertama

Projek ni sebenarnya telah lama bermula.....sejak bulan October-2007. Perkongsian modal antara 8 orang membolehkan projek ini bermula....tetapi oleh kerana ini merupakan projek sambilan (hujung munggu Sabtu dan Ahad), maka hampir 6 bulan barulah bangsal menyimpan cendawan dan bangsal untuk penyediaan bongkah siap........

Pada 24-May-2008, beberapa orang ahli telah pergi ke CNC Muar untuk mengambil bahan-bahan mentah untuk membuat bongkah cendawan dan kami juga telah membeli sebanyak 1050 bongkah yang telah siap disuntik untuk diletakkan di dalam bangsal.....

Malangnya pada 29-May-2008, bangsal kami telah diserang beruk....hampir 30 bongkah kami telah dikerjakan oleh beruk tersebut.....ada sesiapa yang ada tips untuk mengelakkan dari serangan beruk atau monyet ?

Minggu hadapan 6-Jun-2008 kami bertekad untuk menghasilkan bongkah sendiri....selamat berjaya kepada kami semua.

No comments: