Monday, June 9, 2008

Bermula Penghasilan Bongkah Sendiri

Hari : Sabtu (7-jun-2008 / 11:00pg ~ 8.30mlm)

Kerja penghasilan bongkah dimulakan dengan menyediakan tempat mengukus (tong drum berjumlah 2 biji digunakan).


Penyediaan tempat mengukus


Daripada asas campuran 100:10:1 (habuk kayu : dedak : kapur), kami menggunakan scop sebagai alat pengukur. Bermula dari pukul 11:00pagi kami berjaya menghasilkan 60 buah bongkah candawan untuk dikukus dan selepas rehat tengahari dan selesai solat zuhur, kami mula menghasilkan 60 bongkah lagi, menjadikan jumlah bongkah yang terhasil untuk adalah 120 buah bongkah cendawan.....


Bongkah sedang dikukus


Setiap tong drum mampu memuatkan 60 buah bongkah dan kami mengukus bongkah tersebut selam 4 jam.



Hari : Ahad (8-jun-2008 / 2:00pg ~ 5.30mlm)

Pengalaman menyuntik benih cendawan ke bongkah yang telah dikukus. Agak kekok untuk menyuntik benih cendawan....namun berjaya menghabiskan 120 bongkah...selesai menyusun bongkah dirak dengan jayanya.


Bongkah yang telah disuntik disusun dirak


Melihat pada perkembangan cendawan di dalam bongkah yang dibeli pada 25-May-2008, amat menggembirakan, namun sejenis kulat berwarna OREN dan berhabuk amat merisaukan kami....ada sesiapa yang tahu untuk memusnahkan serangan kulat ini ?


Cendawan dengan pengkembangan yang sihat


Serangan kulat berwarna OREN


Nota : Beruk telah dikekang dari menyerang bangsal cendawan...Alhamdulillah

2 comments:

Anonymous said...

Kepada cendawan group.
A.kum,
Kulat oren sebenarnya terjadi daripada persekitaran yang kurang bersih.Maksud saya persekitaran rumah berhabuk kayu.
contoh:persekitan rumah cendawan terdedah dengan habuk kayu.

Saya mendapati adalah lebih baik habuk kayu dipek dengan guni.
Sepanjang penglibatan saya menanam cendawan tiram kelabu saya TIDAK PERNAH diserang kulat oren malah serangan penyakit lain adalah kurang.
Perkara yang amat penting ialah kebersihan persekitaran rumah cendawan bebas dari habuk kayu yang berselerakan.
Ingin penerangan lebih lanjut hubungi saya.Penerangan diberikan secara percuma.Hehehheehehe.
+Berminat dengan program Excel tuh lew.Maca mana kire yek?
Shahnizam,
012-3620 717
Green Zone Agrotech
Desa Sri Bayu Agrotech,
Bota Perak.

Nazmy Mohamed said...

nk maximumkan bongkah cndawan swaktu kukusan?bleh masukkan 120 bongkah skali kukus tp kena tau tekniknyer....so bleh jimatkan masa tnaga & gas..