Wednesday, July 2, 2008

Pemerhatian Terhadap Pertumbuhan Cendawan

Gambar pertumbuhan cendawan...kawasan yang sangat gelap, langsung tiada cahaya.


Hari ke-2 selepas tutup dibuka (6 ptg)...hari pertama tak sempat rakam


Hari ke-3 selepas tutup dibuka (6 pg)


Hari ke-3 selepas tutup dibuka (6 ptg)



Hari ke-4 selepas tutup dibuka (6 pg)..dah sesuai sangat untuk dituai


Hari ke-4 selepas tutup dibuka (6 ptg)...keliling cendawan mula merekot

Monday, June 30, 2008

Ay-Ne nak datang melawat..

Hari Sabtu, pukul 5.42pm, En. Saifol dari Ay-Ne ada call katanya nak berkunjung ke Bangsal kami....aduhai sorry ampun bang (jauh tu dari Muar)....kami semua dah balik ke rumah masing-masing....kerja untuk hari tu selesai awal.

Diharap agar kalau nak datang....call dulu, kami amat mengalu-alukan kedatangan rakan Cendawan untuk berkongsi pengalaman dan maklumat.

Thursday, June 26, 2008

Program (EXCEL Macro) untuk menentukan masa tuaian

Hari ni, teringat ada member pernah tanya boleh buat program tak, "Din, kalau masukkan tarikh suntikan, bila boleh buka tutup, bila boleh tuai?"

Program ni dah lama jugak aku design, ambil masa 2 bulan jugak untuk siapkan program ni.....maka hari ni dengan sukacitanya dimaklumkan, kalau ada rakan-rakan yang ingin mencuba program ini....bolehlah hubungi aku di talian tertera dalam blog ini atau e-mail kepada saharuddin-samian@jhr.sharp-world.com


Program Schedule Tanaman Cendawan

Wednesday, June 25, 2008

Forum Bicara Jutawan

Semalam dengan rasminya mendaftar di Bicara Jutawan yang dipelopori oleh PakDi. Alhamdullilah, tak sampai 1 hari, blog kami mula dikunjungi dan ada di antara rakan pengusaha cendawan nak melawat lokasi bangsal kami semalam, namun terpaksa kami tolak kerana kami hanya berada di sana pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Thursday, June 12, 2008

Bongkah mula menunjukkan tanda positif

Pagi ni dapat maklumat dari rakan (Nazrin) yang mengunjungi bangsal, menyatakan bahawa bongkah yang dihasilkan pada hari Sabtu / Ahad lepas mula menunjukkan tanda positif.

Ni yang bersemangat untuk membuat bongkah lagi pada hujung minggu ni, tapi gambar tidak dapat disiarkan sebab tak sempat nak tangkap gambar.

Monday, June 9, 2008

Bermula Penghasilan Bongkah Sendiri

Hari : Sabtu (7-jun-2008 / 11:00pg ~ 8.30mlm)

Kerja penghasilan bongkah dimulakan dengan menyediakan tempat mengukus (tong drum berjumlah 2 biji digunakan).


Penyediaan tempat mengukus


Daripada asas campuran 100:10:1 (habuk kayu : dedak : kapur), kami menggunakan scop sebagai alat pengukur. Bermula dari pukul 11:00pagi kami berjaya menghasilkan 60 buah bongkah candawan untuk dikukus dan selepas rehat tengahari dan selesai solat zuhur, kami mula menghasilkan 60 bongkah lagi, menjadikan jumlah bongkah yang terhasil untuk adalah 120 buah bongkah cendawan.....


Bongkah sedang dikukus


Setiap tong drum mampu memuatkan 60 buah bongkah dan kami mengukus bongkah tersebut selam 4 jam.



Hari : Ahad (8-jun-2008 / 2:00pg ~ 5.30mlm)

Pengalaman menyuntik benih cendawan ke bongkah yang telah dikukus. Agak kekok untuk menyuntik benih cendawan....namun berjaya menghabiskan 120 bongkah...selesai menyusun bongkah dirak dengan jayanya.


Bongkah yang telah disuntik disusun dirak


Melihat pada perkembangan cendawan di dalam bongkah yang dibeli pada 25-May-2008, amat menggembirakan, namun sejenis kulat berwarna OREN dan berhabuk amat merisaukan kami....ada sesiapa yang tahu untuk memusnahkan serangan kulat ini ?


Cendawan dengan pengkembangan yang sihat


Serangan kulat berwarna OREN


Nota : Beruk telah dikekang dari menyerang bangsal cendawan...Alhamdulillah

Tuesday, June 3, 2008

Beruk Menyerang Lagi

Nak buat apa dengan beruk sekor ni....dah ditutup rapat segala kemungkinan jalan masuk...masih boleh masuk ke dalam bangsal.....semalam pagi sekor beruk memasuki bangsal dan memakan benih cendawan....nasib baik sempat dihalau (hanya 2 bongkah berjaya dirosakkan oleh beruk tersebut)

Kena fikir strategi lain untuk mengelak dari serangan beruk.