Hari : Sabtu (7-jun-2008 / 11:00pg ~ 8.30mlm)
Kerja penghasilan bongkah dimulakan dengan menyediakan tempat mengukus (tong drum berjumlah 2 biji digunakan).

Penyediaan tempat mengukusDaripada asas campuran 100:10:1 (habuk kayu : dedak : kapur), kami menggunakan scop sebagai alat pengukur. Bermula dari pukul 11:00pagi kami berjaya menghasilkan 60 buah bongkah candawan untuk dikukus dan selepas rehat tengahari dan selesai solat zuhur, kami mula menghasilkan 60 bongkah lagi, menjadikan jumlah bongkah yang terhasil untuk adalah 120 buah bongkah cendawan.....

Bongkah sedang dikukusSetiap tong drum mampu memuatkan 60 buah bongkah dan kami mengukus bongkah tersebut selam 4 jam.
Hari : Ahad (8-jun-2008 / 2:00pg ~ 5.30mlm)
Pengalaman menyuntik benih cendawan ke bongkah yang telah dikukus. Agak kekok untuk menyuntik benih cendawan....namun berjaya menghabiskan 120 bongkah...selesai menyusun bongkah dirak dengan jayanya.

Bongkah yang telah disuntik disusun dirakMelihat pada perkembangan cendawan di dalam bongkah yang dibeli pada 25-May-2008, amat menggembirakan, namun sejenis kulat berwarna OREN dan berhabuk amat merisaukan kami....ada sesiapa yang tahu untuk memusnahkan serangan kulat ini ?

Cendawan dengan pengkembangan yang sihat

Serangan kulat berwarna ORENNota :
Beruk telah dikekang dari menyerang bangsal cendawan...Alhamdulillah